29 August, 2010

Doa Supaya Orang Zalim Bergaduh Sesama Sendiri

Assalamu'alaikum wm wbr.

Seperti yang pernah saya perkatakan dalam entri yang terdahulu bahwa pada masa sekarang terlalu ramai orang yang hasad dengki dan orang yang zalim di sekeliling kita. Sehingga guru menasihatkan agar kita merahsiakan segala nikmat atau segala musibah yang menimpa diri kepada orang lain sebab dikhuatiri berita tersebut akan mengundang iri hati (jika kita mendapat nikmat), atau menyebabkan ditambahkan lagi kemudharatan kepada kita, atau sekurang-kurangnya berasa puas dan gembira di atas kesusahan yang menimpa kita. 

Pada zaman mutakhir ini, ramai pula yang berkroni atau bersuku sakat yang mana para kroni mempunyai perangai yang sama antara satu sama lain, dan saling ampu mengampu supaya terus kekal diterima sebagai kroni yang setia. Jika salah seorang daripada ahli mereka memusuhi seseorang maka keseluruhan ahli kroni turut memusuhi orang tersebut. 

Di bawah ini terdapat satu doa untuk memohon agar Allah SWT mengkucar-kacirkan pakatan mereka (agar para kroni bergaduh sesama sendiri), dan akhirnya kita terselamat daripada kezaliman mereka, insyaAllah.


Doa ini boleh dibaca secara wasal (terus) atau secara waqaf pada اللهم kemudian sambung  أشغل الظالمين بالظالمين


Untuk bacaan secara wasal tentang permulaan doa tersebut
"اللهم أشغل الظالمين بالظالمين"  dengarkan video youtube di atas, iaitu bacaan diawal video. Klip video ini saya dapatkan setelah google di Internet - bukan saya yang baca tau. Di sini ada sedikit variasi doa di atas - ini tidak menjadi masalah. Kita boleh berdoa apa saja kepada Allah SWT asalkan doa itu membawa kebaikan, bukan doa untuk maksiat dsb.

Sukacita saya nyatakan di sini, memadai kita membaca doa versi pendek ini sahaja.


Kaedah Amalan:

Baca doa di atas 7x selepas solat Subuh dan 7x selepas solat Maghrib.

Nota:

Doa di atas boleh digabungkan dengan doa-doa dalam entri yang terdahulu mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, kita boleh gabungkan doa di atas dengan doa supaya terlepas dari kezaliman orang kafir (surah Yunus 85-86).

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".

وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir"


Oleh kerana ada pembaca yang keliru maka ingin saya jelaskan bahawa ayat 85 dalam surah Yunus yang saya maksudkan adalah merujuk kepada pertengahan ayat bukan pada awal/pangkal ayat.

Ia adalah ayat yang saya tandakan dengan warna merah bagi QS Yunus:85 

فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 
(Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim)

36 comments:

  1. salam tn hj...

    mohon copy doa di atas yer...

    ReplyDelete
  2. Salam UH,

    Silakan, dan tolong sebarkan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, aku bersyukur kerana ko bertemukan kenyataan ini melalui kamu. Aku minta izin utk share informasi ini..Terima ksh.

    ReplyDelete
  4. Dipersilakan dan harap disebar luaskan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous06 June, 2011

    tn. haji, boleh saya tahu ini ayat dari surah mana?

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Ini hanya doa yang diamalkan oleh seorang 'Arifbillah, bukan ayat Al-Quran.

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Anonymous15 July, 2011

    Assalammualaikum Tuan Hj,

    Saya mohon kongsi artikel ini di dlm fb saya, maklumla dok diperantauan pun, ada jugak hamba Allah yang selalu dengki kan kami. Didahului dengan Jazakallah khair.

    ReplyDelete
  8. salam tuan haji,

    saya pun sedang menghadapi masalah sangat sulit,apabila difitnah dan diaibkan oleh seorang kawan yang kini kami bermusuh.

    kini,ia melibatkan undang2,supaya bukti2 yang saya ada dapat menghentikan beliau dari terus memfitnah saya melalui facebook.

    Mohon tn.haji tolong doakan untuk saya juga.Saya susah hati sgt2.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt,

    SubhanAllah, saya amalkan doa ini pada awal tahun bagi memujuk jiwa yang tertindas..memang benar2 makbul..

    Jazakallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya yang tertindas.

      Delete
  10. Salam Tn Hj,

    Mohon penjelasan dalam youtube di atas doa yg dibaca menyebut "waj'alna mim bainihim saalimin" tapi yg ditulis "wa akhrijna mim bainihim saalimin" mana yg lebih menepati maksud atau ada tersalah cetak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Doa dalam youtube itu orang lain yang baca. Sebagaimana yang saya nyatakan, bahawa doa ini banyak versinya. Versi yang saya terima ialah "wa akhrijna mim bainihim saalimin" yg bermaksud lebih kurang "dan keluarkanlah kami daripada linkungan mereka dengan selamat."

      Delete
  11. Salam tuan haji, ingin saya bertanya tuan haji ada facebook tak ? saya tertarik dengan blog tuan haji... ingin kenal lebih dekat dgn tuan haji berkaitan dengan doa sptmana dlm blog tuan haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam

      Maaf, saya tidak ada FB. Kalau nak tanya lebih lanjut, boleh email msaadhamid@gmail.com

      Delete
  12. Salam tuan haji, blh tak tuan haji bacakan dalam tulisan rumi, sbb saya takut tersalah baca... tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Kalau tulis rumi, lagi besar kemungkinan salah baca. Saya cadangkan, print doa tsbt dan minta kawan-kawan / ustaz tolong bacakan.

      Delete
  13. Assalamualaikum Tuan Haji, suka baca blog tuan haji... arap tuan haji pelbagai lagi doa2 untuk kami amalkan setiap hari... sy ingin btanya bolehkan saya membaca lebih dari 33x dlm sehari (spt wirid)... blh ker saya membaca ketika datang haid... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi singgah di sini.

      Sebenarnya memang banyak doa-doa daripada Rasulullah SAW dan juga daripada al-Quran yang sangat sesuai untuk dijadikan amalan seharian. InsyaAllah akan saya cuba muatkan di sini untuk kebaikan kita semua.

      Namun, dalam apa perkara sekalipun, eloklah kita beristiqamah (berterusan - consistent) terlebih lagi dalam amalan. Amalan yang sedikit tetapi consistent adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi bersifat "on-off".

      Bagi saya, janganlah baca melebihi daripada apa yang dicadangkan. Bagi doa di atas baca 7x sahaja. Baca kurang daripada 7 tidak mengapa tetapi janganlah lebih daripada 7. Kenapa ya? Sebab guru saya suruh baca sebanyak 7x sahaja dan bagi saya itu tidaklah memberatkan.

      InsyaAllah, jika kita ikhlas dan istiqamah maka kita akan tahu akan natijahnya.

      Namun, jika Istighfar dan selawat maka ini saya sangat-sangat galakkan agar kita membacanya sebanyak mungkin.

      Delete
    2. Satu lagi, orang yang berhadas seperti haid dsb, yang tidak dibolehkan ialah membaca al-Quran, solat, dsb. Jadi doa-doa seperti di atas, istighfar, dan selawat maka adalah dibolehkan untuk dibaca semasa haid. Namun doa-doa yang diambil daripada al-Quran,janganlah semasa membacanya kita menganggap ia ayat al-Quran - anggap ia doa biasa.

      Sekian, yang benar itu adalah daripada Allah SWT, dan jika salah itu adalah kelemahan saya sendiri - semoga mendapat teguran dan semoga Allah ampunkan.

      Delete
    3. tima kasih tuan haji kerana sudi berkongsi ayat & doa untuk saya amalkan... mudah2an Allah SWT melindungi saya sekeluarga daripada hasad dengki, fitnah dan kezaliman... harapan saya dapatlah tuan haji berkongsi doa2 spt murah rezeki, pengasih dll...

      Delete
  14. Salam tuan haji, klu tuan haji tidak keberatan blh ker tuan haji berkongsi di sini doa2 yang lain daripada Arifbillah untuk kami amalkan..tima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      InsyaAllah akan saya cuba muatkan di sini.

      Delete
  15. Salam tuan haji, blh tak tuan haji bagi doa pelembut hati bagi orang2 benci pd kita... Saya mintak biarlah org yg slalu cari silap saya dilembutkan atinya agar tidak benci dan bermusuh dng saya... Tima kasih... Saya juga
    ingin bertanya doa di atas boleh dibaca selepas solat hajat ke. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Untuk pelembut hati, amalkan ayat 1-5 surah TaHa. Doa mengiringi ayat ini akan saya loadkan selepas saya balik ke Malaysia minggu hadapan. Sekarang saya berada di Iskandariah, Mesir.

      Delete
    2. Ya, doa ini boleh dibaca selepas solat hajat. Tetapi yang afdalnya, biarlah kita istiqamah.

      Delete
  16. Asalamualaikum tuan haji, saya ingin bertanya sebutan pada ayat diatas berbunyi mim atau min, tima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua boleh. Boleh baca min bainihim atau mim bainihim. Bacaan yang kedua tu, nun yang mati bertemu huruf ba, kita hilangkan bunyi nun dan ganti dengan mim, ini dipanggil iqlab (dalam tajuwid).

      Delete
  17. Salam Tuan Haji, saya dan suami telah dihina oleh ahli keluarga sendiri memandangkan kehidupan kami yg sederhana, suami saya dimalukan dan dipukul oleh anak sedara kerana suami bekerja dengan syarikat keluarga (anak sedara saya tak nak suami saya tau kegiatannya ambil wang syarikat) malah lagi teruk lagi dia telah memburukkan saya & suami dengan org lain...mohon saya agar tuan haji dapatlah berikan kami doa @ ayat yg sesuai agar anak sedara kami ini insaf dan sedar akan kesilapannya...

    Bagaimanakah cara saya untuk berhubung dengan tuan haji, terima kasih...

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan Haji, saya bekerja dengan syarikat swasta yang dimiliki oleh orang india adalah majikan. Dia menjadikan saya seorang pengarah syarikat walhal saya hanya pekerja biasa sahaja, mengakibatkan nama saya digunakan untuk segala liability syarikat. Apa-apa pinjaman atau loan, sayalah 'guarantee'nya. Bila saya nak meminta untuk mengambil share syarikat atau pun director ship......berbagai bagai alasan diberikan kepada saya dan memarahi saya. Kerana takut saya diam kan sahaja. Dah lebih 7 tahun gaji saya hanyalah 500 seminggu.....nak berhenti kerja pun tak boleh kerana hutang atas nama saya.....
    Mula - mula orang akan saman atas nama syarikat....memang masa tu, beliau akan cari jalan untuk mengelak dari saman. Dan apabila syarikat tidak dapat disaman.....peguam yang menghantar saman kepada syarikat, menjadikan saya sebagai sasaran untuk saman tersebut. Apabila saya memberitahu kepada majikan saya, beliau terus diam dan tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut. Bila saya bertanyakan hal ini kepada P A dia menyatakan, hal saman atau pun hutang ni....majikan ni tak kisah pasal ianya atas nama saya dan bukan lagi hal syarikat..... Hutang ke atas nama saya lebih kurang 2 juta lebih......
    Majikan saya tidak menzalimi pekerja lain.... hanya saya seorang.....dan saya tidak tau nak buat macamana.....
    Saya telah mula mengamalkan surah - surah Tuan Haji.....masih belum nampak hasilnya lagi....
    Saya dah tak sanggup lagi untuk bekerja dengan beliau tetapi saya tidak dapat melepaskan diri saya atas sebab - sebab hutang ini....
    Tuan Haji boleh tolong saya....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Saya nasihatkan tuan membuat laporan polis dan juga buat laporan kepada biro bantuan guaman badan-badan politik. Untuk doa khusus sila hubungi email saya msaadhamid@gmail.com

      Delete
  19. Anonymous21 June, 2013

    Salam..
    Ustaz,sy bekerja dgn company swasta yg ramai pekerja berbangsa cina..walaupun saya dah lama bekerja tapi sy seolah2 xdipandang utk kenaikan pangkat..sy mempunyai rakan cina sering memfitnah dan memburukkan sy..sehingga sy kdg2 jadi malas utk pergi bekerja..Teruknya bangsa ni sampai depan2 sy pun dia blh fitnah sy...Sy hanya berserah pada Allah shj..Alhamdulillah sy ditemukan Allah dengan doa ni..Terima kasih sebab sudi share kan doa ni..insyaAllah akan sy amalkan..

    ReplyDelete
  20. mohon maaf, QS Yunus 85-6 yang anda maksudkan itu salah:
    -QS Yunus 85: Faqalu alallahi tawakalna, rabbana la taj'alna fitnatal lil -qaumiz-zalimin
    -QS Yunus 86:Wa najjina bi rahmatika minal qaumil kafirin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum salam wbt.

      Mungkin tuan keliru. Ayat yang saya rujuk memang QS Yunus 85-86. Namun bagi QS Yunus 85, ayat yang saya nyatakan adalah di tengah ayat bukan dari pangkal/awal ayat 85 tu.

      QS Yunus 85: فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
      bermaksud: Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim."

      Jadi ayat yang saya nyatakan itu ialah رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ yang merupakan doa yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".

      Manakala QS Yunus 86: وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ bermaksud:
      "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".



      Delete
  21. Anonymous16 May, 2014

    Assalamualaikum wbt Tuan Haji..

    Mohon keizinan utk saya copy dan amalkan doa dan ayat2 al quran di blog ini..

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan. Alhamdulillah

      Delete
  22. Assalamualaikum Tuan Haji..Mohon izin utk sy copy dan amalkan ayat ini.Terima kasih..

    ReplyDelete