30 November, 2012

Doa Perlindungan Daripada Kecurian


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah melimpahkan nikmatnya yang tidak terhingga sama ada nikmat-nikmat tersebut disedari ataupun tidak disedari oleh kita. Nikmat yang paling besar ialah nikmat Iman dan nikmat Islam.

Hari ini sementara saya ada mood untuk berbelog, ingin saya menceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi iaitu sebelum solat Jumaat di Masjid al-Azim, Melaka.

Ceritanya ... 

Setelah keluar daripada kereta yang diparkir diperkarangan masjid, saya mengeluarkan notebook daripada bag dan meletakkannya di atas bumbung kereta (kes malas nak bawa bag komputer ke dalam masjid). Setelah itu saya mencapai kerusi plastik (pada masa ini saya solat duduk atas kerusi sebab kena gout) dan terus berjalan ke masjid. Saya lupa langsung tentang notebook yang diletakkan di atas bumbung kereta tadi. Sebelum menutup pintu kereta saya berdoa kepada Allah SWT agar kereta dan barang-barang yang ditinggalkan dalam kereta tersebut selamat daripada kecurian. 

Setelah berada dalam masjid kira-kira 5-10 minit baru saya teringat akan notebook yang diletakkan di atas kereta tadi. Jadi dengan hati yang berdebar-debar dan penuh mengharap saya bergegas semula ke tempat parkir. Alhamdulillah! Syukur kepada-Mu Ya Allah, sebab nun di atas bumbung kereta kelihatan notebook yang seakan-akan sedang menanti dengan sabar akan kedatangan saya untuk mengambilnya kembali (notebook pun hendak masuk masjid jugak, he he). 

Inilah doa yang saya baca semasa menutup pintu kereta tadi. Sekian, semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekelian. Wasalam.

Malas nak taip doa ini, so saya copy paste daripada blog darussyifa' cawangan Brunei Darussalam. Inilah link doa tersebut: http://darusysyifawarrafahah.blogspot.com/2011/09/doa-pelindung-dari-kecurian.html


28 October, 2012

Gelas Pecah Waktu Dinihari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pecah kaca pecah gelas ...

Kejadian ini berlaku sebelum subuh pada 22 Oktober 2012. Ketika isteri saya menuangkan air teh ke dalam gelas ini, air membuak-buak dan kaca terus pecah. Ada kemungkinan gelas ini pecah sebab air terlalu panas atau gelas telah retak dan sudah sampai waktunya untuk pecah.


Cuba perhatikan, gelas ini pecah bukan di tempat penyambungnya. Air yang dituang tidaklah terlalu panas, panas sedikit daripada "suam-suam kuku" dan sedang sedap untuk di minum.

Gelas pecah bukan pada garis cantuman asal.
Merenung kembali kejadian tersebut, terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda tanya saya dan isteri:

1. Sebelum kejadian ini, pada petang 21 Oktober 2012 saya ada membantu merawat seorang pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

2. Pada petang hari kejadian - 22 Oktober, 2012 - semasa saya sedang memandu untuk pulang ke rumah selepas kerja, saya menerima panggilan daripada seorang suri rumah yang meminta saya merawat suaminya yang terkenan 'santau'. Semasa saya merawat pesakit tersebut, setiap kali diruqyah, darah keluar daripada mulut pesakit. Pada permulaannya darah yang keluar adalah kental berbuku-buku, yang menandakan itu adalah darah lama yang berada dalam kerongkong pesakit. Selepas itu darah cair keluar bersama lendir. Pesakit kerasukan dan alhamdulillah, Allah SWT telah menyembuhkan beliau.

Apa-apa pun saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana kejadian ini tidak berlaku ke atas ahli keluarga saya. Segala pujian dipanjatkan kepada Allah Rabbul Jalil yang telah menyelamatkan saya daripada musibah yang mungkin berlaku dalam kejadian tersebut. Kejadian ini mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati dan sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada kejadian yang tidak diingini.

Ya Allah, kepada Engkau aku berlindung dan kepada Engkau aku meminta pertolongan.

اللهم أشف مرضانا ﻭﺻﺤﺢ أجسادنا وَشَتِّتِ  ﺷﻤﻞ أَعِدَائِنَا  
وانصرنا على من عادانا برحمتك يا ارحم الراحمين




Ya Allah, Kau sembuhkanlah orang-orang yang sakit dalam kalangan kami, sihatkanlah tubuh badan kami, pecah belahkan kesatuan musuh-musuh kami, tolonglah kami ke atas sesiapa yang memusuhi kami dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Menyayangi.

Amin, Amin, Ya Rab al 'alamin.

04 September, 2012

Doa Mohon Bantuan Untuk Mengingati Allah SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kadang-kadang kita rasa liat dan sangat payah untuk beristiqamah melakukan zikir harian. Justeru ini haruslah kita memohon kepada Allah SWT agar memudahkan kita sentiasa berzikir kepada Allah SWT dan mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.

Inilah doa tersebut yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada saidina Muaz bin Jabal a.s.


الْلَّهُمَ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

(Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, dan bersyukur di atas nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu)


03 September, 2012

Doa Perlindungan Daripada Bersedih, Berhutang, Dan Sikap Negatif


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sekiranya kita dilanda dengan perasaan sedih atas sesuatu perkara, atau runsing sebab bebanan hutang yang banyak, maka adalah disarankan beramal dengan doa di bawah ini. 

Doa ini dibaca pada waktu pagi dan petang iaitu selepas subuh dan  selepas asar atau maghrib. Seelok-eloknya jadikanlah doa ini sebagai rangkaian doa yang dibaca seusai solat.  

Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu. Dan kemudian  barulah berdoa dengan sepenuh hati dengan memahami makna doa yang dipohon tersebut. 

Sekian, selamat beramal.



الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ

(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).




28 August, 2012

Petua Untuk Menguatkan dan Menyihatkan Badan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kadang-kadang badan kita terasa selalu letih, cepat penat, tidak bermaya, mudah mendapat demam selsema, dan sebagainya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengamalkan petua ini, iaitu ketika mandi tadah air yang jatuh dari dagu dengan tangan, baca selawat, dan sapukan air tadi ke seluruh badan yang boleh dicapai sambil berdoa dalam hati agar Allah menguatkan dan menyihatkan tubuh badan kita agar dapat melakukan taat beribadat kepada-Nya. Seelok-eloknya kita lakukan ini ketika kita dah nak habis mandi - maknanya badan sudah bersih.

Sekian, semoga bermanfaat.

27 August, 2012

Doa Ketika Mengandung @ Memudahkan Bersalin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ini ada satu doa yang diberikan oleh mantan mufti Negeri Sembilan, iaitu Dato’ Murtadza bin Haji Ahmad. Amalkanlah doa ini setiap hari masa dekat-dekat nak bersalin. Bagi ibu-ibu yang badannya  tidak berapa kuat semasa mengandung, pada pendapat saya (baca baik-baik, ini cadangan saya sahaja), amalkan membaca doa no.8 banyak-banyak. Sebaik-baiknya mintalah izin daripada Dato’ Murtadza sebelum mengamalkan doa ini.  Sekian, semoga bermanfaat.

Boleh copy-paste doa ini tetapi tolong masukkan link ini: http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/

1.
Al-Fatihah
1x

2.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا
70x
3.
يَا لَطِيْف
100x atau 1000x
4.
رَبِّ سَلَّمْ سَلَّمْ
Maaf kat atas tu baris salah. Sebenarnya (Rabbi sallim sallim)
25x
5.
رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ يَا كَرِ يْم
25x
6.
رَبِّ يَسِّرْ وِلَادَتِيْ تَيْسِيْرًا
25x
7.
رَبِّ يَسِّرْ ولادَتَهَا  تَيْسِيْرًا
(dibaca oleh suami)
25x

8.
رَبِّ يَسِّرْ وِلَادَتِيْ تَيْسِيْرًا وَسَلِّمْنِيْ وَسَلَّمْ
 مَا فِيْ بَطْنِيْ وأطِلْ حَيَاتِيْ وحَيَاتَهُ فِيْ طَاعَتِكَ وَرِضَاكَ
(Ya Tuhan! Mudahkanlah aku bersalin, selamatkanlah kandunganku, panjangkanlah umurku dan umur kandunganku, agar hidup dalam mentaati-Mu dan mendapat keredhaan-Mu.)

12x

9.
رَبِّ يَسِّرْ  ولادَتَهَا  تَيْسِيْرًا وَسَلِّمْهَا وَسَلَّمْ
مَا فِيْ بَطْنِهَا وأطِلْ حَيَاتَهَا وحَيَاتَهُ فِيْ طَاعَتِكَ وَرِضَاكَ
(dibaca oleh suami) - Ya Tuhan! Mudahkanlah dia bersalin, selamatkanlah kandungannya, panjangkanlah umurnya dan umur kandungannya, agar hidup dalam mentaati-Mu dan mendapat keredhaan-Mu.

12x

Doa dalam bentuk image (maaf kualiti gambar kurang baik)




29 February, 2012

Syukur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana beberapa doa yang dimuatkan dalam blog ini telah dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengunjung.


Terbaru seorang blogger telah dapat menyelesaikan masalah mereka setelah mengamalkan suatu doa yang disarankan dalam blog ini. Alhamdulillah. Klik


Di bawah ini ditampalkan catatan beliau.

"Alhamdulillah, selepas mengamalkan doa ini, hati saya menjadi tenang dan dipermudahkan segala kesulitan yang saya hadapi dan yang paling best, semuanya dah selesai dengan izin Allah...Alhamdulillah...."